Khamis, 24 Julai 2014

Pesawat penumpang Air Algeria hilang di Burkina Faso

Algiers (Algeria): Sebuah pesawat penumpang Air Algerie dilapor terputus hubungan kurang sejam selepas berlepas di Burkina Faso, petang ini.

"Perkhidmatan udara terputus hubungan dengan pesawat yang dalam perjalanan ke Algiers dari Ouagadougou, 50 minit selepas berlepas," kata syarikat penerbangan berkenaan.

Menurut agensi berita Algeria APS, syarikat penerbangan berkenaan memulakan pelan kecemasan untuk mencari pesawat AH5017 yang menggunakan laluan sama empat kali seminggu.

Sumber syarikat berkata pesawat yang hilang adalah jenis DC-9 yang disewa sebuah syarikat Portugis dan boleh memuatkan 135 penumpang.

Seramai 110 orang dipercayai berada dalam pesawat berkenaan ketika dilaporkan hilang.

Tiada ulasan: