Selasa, 1 Julai 2014

Petronas bincang royalti minyak dengan Adenan


Ketua Menteri akan mengeluarkan satu kenyataan mengenai taklimat itu pada masa akan datang.

KUCHING: Pegawai atasan Petronas telah memberi taklimat kepada Ketua Menteri Adenan Satem mengenai operasi syarikat minyak negara itu dan hasil mereka sebagai tindak balas kepada permintaan Kerajaan Sarawak untuk kenaikan royalti minyak kepada 20 peratus.
Adenan yang diiringi oleh beberapa menteri kabinet negeri, menghadiri taklimat itu di Wisma Bapa Malaysia di sini pagi kelmarin.
Mesyuarat dengan Petronas itu telah disebutkan oleh Ketua Menteri Khamis lepas
Ketua Menteri meninggalkan mesyuarat tertutup itu tanpa sebarang komen manakala menteri-menteri yang mengiringi beliau enggan mengulas tentang perbincangan yang diadakan. Mereka cuma berkata bahawa Adenan akan mengeluarkan satu kenyataan mengenai taklimat itu pada masa akan datang.
Mesyuarat dengan Petronas itu telah disebutkan oleh Ketua Menteri semasa dialog dengan masyarakat Cina di Pusat Konvensyen Borneo di sini Khamis lepas.

Sumber : FMT

Tiada ulasan: