Rabu, 9 Julai 2014

Tuduh YB TERAS bukan BN tidak bertanggungjawab


ENGKILILI: Pemimpin Kanan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) Tan Sri William Mawan Ikom mendakwa mereka yang menuduh wakil rakyat yang menyertai TERAS sebagai bukan Barisan Nasional (BN) adalah pihak tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, TERAS ditubuh untuk menguatkan BN dan pemimpin yang menyertai TERAS masih menunaikan tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat BN hingga kini.

“Pihak yang kurang bertanggungjawab menyatakan bahawa kami bukan wakil rakyat BN adalah tidak benar sama sekali kerana kami bersama pemimpin BN yang lain masih bekerja untuk rakyat seperti biasa,” katanya.

Mawan yang juga Menteri Pembangunan Sosial berkata demikian ketika berucap me-rasmikan Majlis Penyampaian Sijil Pelantikan Tuai Rumah bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili di Balai Raya Skim Skrang, Engkilili, di sini, semalam.

Majlis itu menyaksikan se-ramai 81 tuai rumah menerima sijil lanjutan perkhidmatan dan 18 lagi tuai rumah dalam (DUN) Engkilili akan menerima sijil yang sama pada masa akan datang.
Selain itu kata Mawan, rakyat yang belum menyertai mana-mana parti politik atau tidak lagi aktif dalam parti politik tertentu adalah dialu-alukan untuk menyertai TERAS.

Mawan turut menambah bahawa pelawaan berkenaan bukanlah bermaksud bahawa TERAS cuba berniat untuk mencuri ahli daripada mana-mana parti komponen BN dalam negeri ini.
“Jadi saya berharap agar TERAS dapat diterima oleh rakyat.

“Sokonglah BN agar kerajaan dapat terus melaksanakan pelbagai projek pembangunan sdi kawasan mereka dari semasa ke semasa,” katanya.

Dalam majlis itu Mawan yang juga ADUN Pakan mengumumkan peruntukan projek kecil uar bandar (MRP) sebanyak RM15,000 untuk Yayasan Pendidikan 1 Engkilili, RM15,000 untuk Jawatankuasa Induk Balai Raya Skim Skrang dan RM15,000 untuk biro wanita jawatankuasa induk skim tersebut.

Turut hadir ADUN Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa, wakil Pegawai Daerah Lubok Antu Brain, Ketua Polis Daerah Lubok Antu DSP James Jonathan dan ketua-ketua masyarakat sekitar Lubok Antu.

Tiada ulasan: