Selasa, 8 Julai 2014

Usah timbulkan isu berasaskan kaum, tetapi lakukan untuk kepentingan semua



Pandangan atas kenyataan Dr. Dusit Jaul berkaitan terbitan FMT. Sila klik di sini : : http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2014/07/07/42-tahun-tiada-dayak-dalam-barisan-yayasan-sarawak/

Dr. Dusit Jaul (Pegawai Tadbir & Diplomatik) & juga selaku presiden Persatuan Graduan Dayak Sarawak (SDGA) mempertikaikan pengurusan tertinggi Yayasan Sarawak yang hanya dibarisi oleh satu kaum sahaja & menegaskan bahawa perkara sedemikian boleh mendatangkan bahaya kepada kerajaan. 

Beliau secara terbuka menggesa YAB Ketua Menteri TS Adenan untuk meneliti semula barisan pengurusan Yayasan Sarawak yang dikatakan mendiskriminasi kaum Dayak umumnya.

Seharusnya isu berasaskan kaum ini tidak timbul. Yang penting adalah Apa yang lebih penting adalah kesaksamaan Yayasan Sarawak selama ini yang memberi biasiswa kepada mereka yang layak tanpa mengira samaada mereka kaum Dayak atau tidak. Ini adalah lebih penting daripada mempertikaikan siapa yang menerajui organisasi tersebut. Dan saya yakin perlantikan mereka bukan berasaskan kaum tetapi berdasarkan kepada kemampuan mereka dan yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat. 

Jika segala-galanya perlu berasaskan kaum seperti apa yang disuarakan oleh Dr. Dusit, maka samalah seperti kita mesti mempunyai doktor Dayak di setiap hospital walaupun mereka sukar untuk dicari atau tidak boleh didapati??? Fikirkanlah...

Seharusnya SGDA lebih memikirkan apa yang harus mereka lakukan iaitu untuk meningkatkan prestasi akademik atau mengukuhkan pencapaian pendidikan kaum Dayak itu sendiri.

Isu siapa dalam Yayasan Sarawak tidak penting tetapi memastikan prestasi akademik Dayak untuk terus diperbaiki adalah lebih penting.

Sarawak sebuah negeri unik dimana kita mengamalkan toleransi kaum & agama yang amat kukuh diantara satu dengan yang lain. Tidak timbul isu berasaskan perkauman seperti ini. Kita mempunyai semangat Sarawak yang kuat dimana kita semua sebagai anak Sarawak amat berbangga kerana hidup aman & harmoni yang berbilang kaum & agama. Kita ada bangsa Iban, Bidayuh, Kenyah, Melanau, Melayu, Cina, Kelabit dan sebagainya. 

Hari ini, sebagai anak Sarawak kita juga cukup bangga melihat kejayaan yang telah dicapai oleh kaum Dayak. Ada dikalangan mereka menjawat jawatan tertinggi dalam kerajaan mahupun sektor swasta, ahli perniagaan yang berjaya dan ada yang telah mengharumkan nama Sarawak hingga ke peringkat antarabangsa. We are family, bagaikan sebuah keluarga yang harmoni. 

Ketepikan isu berasaskan perkauman semata-mata. Terus sentiasa menjaga sensetiviti kaum & agama agar dipertahankan. Kita tolak pelampau agama & sikap ekstreamis kaum.
Peace No War! Respect each other!

Sekadar pandangan peribadi ;

Tiada ulasan: