Ahad, 6 September 2015

KIBW Akan Disenaraikan Dalam Kalendar Perlancongan Sarawak


KUCHING : Acara Kuching International Bike Week 2015 (KIWB 2015) akan disenaraikan sebagai temasya dalam kelendar perlancongan Negeri Sarawak sepertimana Rainforest Festival dan juga Regatta Sarawak. 

Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg berkata, memandangkan respon peserta yang begitu memberangsangkan, KIWB 2015 berpotensi menjadi salah satu atur cara yang menjadi tarikan kepada negeri Sarawak.

Johari berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Gala Dinner sempena KIWB 2015 di sebuah hotel terkemuka di Bandaraya ini sebentar tadi.

KIWB 2015, yang diterajui oleh Iron Tiger Club dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kementerian Pembangunanan Sosial Sarawak (KPS) diadakan buat julung kalinya di sini.

Temasya ini yang mempertengahkan pelbagai jenis motosikal dari kuasa tinggi, skuter dan kapcai bertujuan mengumpulkan semua penunggang motosikal yang ada dari seluruh negara yang juga dihadiri peserta dari Sabah, Brunei Darulsalam dan juga Indonesia di samping mengeratkan hubungan diantara persatuan, kelab dan pertubuhan dikalangan penunggang motosikal seluruh asia.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tuan Yang Terutama, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Raggad Kurdi Taib, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Haji Satem serta isteri Datuk Patinggi Puan Sri Hajah Jamilah dan dif-dif kenamaan yang lain. -Sarawakiana

Tiada ulasan: