Khamis, 17 September 2015

Sekolah di Kuching, Samarahan, Padawan, Lundu dan Bau dinasihatkan tutup pagi ini

KUCHING 17 Sept. - Sekolah-sekolah di sekitar Kuching, Samarahan, Padawan, Lundu dan Bau dinasihatkan tutup pagi ini kerana bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menghampiri 200 iaitu paras sangat tidak sihat.


Menurut jurucakap Jabatan Pendidikan negeri, pihak sekolah sedang dihubungi untuk memaklumkan ibu bapa agar mengambil anak masing-masing.


“Namun, pengetua dan guru besar diminta memastikan keselamatan anak-anak semasa dijemput oleh ibu bapa,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: