Ahad, 17 Januari 2016

Adenan sahkan Daud tidak pertahankan Tupong

KUCHING: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tupong Datuk Daud Abdul Rahman tidak akan mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 kelak.
Perkara ini diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem sambil menjelaskan keputusan itu dibuat atas faktor kesihatan Menteri Muda Hal Ehwal Islam itu.
“Saya sekarang masih sedang mencari calon di DUN Tupong bagi menggantikan Datuk Daud.
“Beliau juga sudah mengetahui ini dan bersetuju untuk bersara,” katanya berucap pada majlis perasmian Agenda Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) 2016 di sini, hari ini.
Majlis tersebut turut dihadiri Daud, yang telah menjadi wakil rakyat di DUN Tupong selama lima penggal sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 1991.

Read more: http://www.theborneopost.com/2016/01/17/adenan-sahkan-daud-tidak-pertahankan-tupong/#ixzz3xTuGyIUZ